TRT
 
  Kurang daya seks
 
Kekurangan tenaga   Buncit perut
   

Adakah kehidupan anda terhenti?
Tatkala anda menghampiri usia 40 tahun, anda mungkin merasakan yang kehidupan anda terhenti dan tidak bermaya. Inilah waktunya bahagian perut anda mula buncit dan anda mula merasakan kekurangan tenaga dan kekurangan daya seks. Entah kenapa anda merasakan yang anda bukan lagi seperti diri anda yang sebenarnya. Situasi ini dikenali sebagai andropos, mempunyai ciri-ciri yang menyamai menopos pada wanita.

Kenapa ini berlaku?
Andropos berlaku disebabkan oleh penurunan paras testosterone. Paras testosterone didalam tubuh lelaki berada pada puncaknya sekitar usia 30 tahun, dan mula menurun secara beransur-ansur  diantara usia 40 ke 60 tahun. Statistik menunjukkan satu daripada dua lelaki diantara usia 40 ke 60 tahun akan mengalami keadaan ini. Andropos akan menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan seseorang lelaki.

Kepentingan testosterone
Testosterone ialah hormon lelaki. Ia dihasilkan dalam kelenjar adrenal dan testikal (buah zakar). Hormon ini berfungsi pada seluruh tubuh dan menyumbang kepada lahirnya ‘lelaki sejati’. Testosterone memainkan peranan yang penting dalam kewujudan manusia kerana ia mengawal fungsi seksual. Ia juga menjana tisu badan dan memberikan kesan terhadap metabolisme, juga mengawal fungsi hati dan pertumbuhan kelenjar prostat.

Kecerian hidup luput
Setiap aspek kehidupan anda akan terjejas apabila paras testosterone menurun. Anda mungkin mengalami gejala – gejala berikut :

  1. Kurang daya seks.
    • Nafsu berahi semakin berkurangan
    • Lemah syahwat
  1. Kekurangan tenaga
    • Kemurungan
    • Hilang tumpuan
    • Kesejahteraan diri merosot.
    • Otot kehilangan kekuatan dan kepadatannya
  1. Mengalami kegemukan pada bahagian pinggang.
    • Obesiti pada bahagian abdomen ( perut )