
Dengan jangka hayat sehingga 70 tahun bagi seorang lelaki, memasuki usia 40 tahun merupakan perkara yang amat penting. Pada peringkat ini kebanyakannya akan melalui pelbagai cabaran krisis pertengahan umur dimana mereka akan mula mempersoalkan hala tuju kehidupan dan pencapaian masa lampau mereka.
Pada waktu inilah mereka perlu membuat beberapa keputusan penting berkaitan diri mereka seperti, apa yang sepatutnya mereka lakukan dengan separuh lagi kehidupan mereka; samada menukar haluan atau mencapai peringkat seterusnya dengan keadaan semasa mereka.
Disebabkan pelbagai perkara yang berlaku secara fizikal, emosi dan psikologi, adalah amat sukar untuk menentukan tanda-tanda andropos. Ramai lelaki yang mendapatkan nasihat perubatan beranggapan yang mereka sedang menghadapi masalah berkaitan krisis pertengahan umur.
Mujurlah dengan meningkatnya minat terhadap masalah berkaitan peningkatan usia kaum lelaki , para penyelidik telah berjaya menghasilkan satu kaedah baru untuk menentukan andropos. Hanya dengan ujian darah yang mudah, anda tidak perlu lagi tertanya-tanya tentang tahap kesihatan anda. Malah anda boleh mendapatkan penyelesaian yang positif untuk teruskan keceriaan hidup anda.
Sebagai permulaan, klik disini untuk senarai soalan untuk memastikan samada anda mengalami andropos atau sedang melalui krisis pertengahan umur.
|