Saya mengidap barah prostat. Bolehkah saya mengambil testosterone?
Tidak.Lelaki yang dianggap ‘macho’ pun boleh mengalami keadaan yang sama.
Adakah Sidenafil Citrate memberikan tindakan yang sama seperti testosterone?
Terapi penggantian testosterone adalah berbeza dari Sidenafil Citrate yang hanya bertindak kepada zakar untuk mengekalkan keteganganya. Testosterone berfungsi ke seluruh badan dan kesemua aspek tindakbalas seksual.
Testosterone ialah hormon keinginan seksual untuk lelaki dan wanita. Jika kadar testosterone rendah, keinginan untuk seks juga rendah. Lemah syahwat adalah masalah yang lebih rumit dan memerlukan rawatan menyeluruh melalui ujian pisikologi dan fizikal.
Pakar mungkin menggunakan berbagai kaedah rawatan untuk merawat lemah syahwat. Namun begitu terapi penggantian testosterone bukan sahaja meningkatkan kualiti eraksi lelaki,tetapi ianya juga menambahkan keinginan seksual dan menghindarkan dari penyakit yang menyebabkan tubuh menjadi lemah seperti osteoporosis.
Saya telah mengambil berbagai ubat. Adakah saya patut menerima hakikat yang umur telah meningkat dan tidak perlu lagi mengambil sebarang ubat?
Umur semakin meningkat( tua) terjadi pada semua orang samada mereka mengambil ubat atau tidak.Persoalannya ialah bagaimana anda mahu melalui proses ini.Andriol akan membantu anda untuk mengekalkan kemudaan dengan memberikan anda fungsi seksual yang lebih baik dan meningkatkan keyakinan diri.
Adakah testosterone akan membuatkan lelaki bersifat ganas dan agresif?
Laporan tentang penyalahgunaan seteroid anabolik. Oleh para atlit sukan telah memberikan imej yang negitif terhadap testosterone.Anggapan bahawa testosterone bertanggungjawab terhadap meningkatnya sifat-sifat ganas dan hyperseksual di kalangan lelaki telah menimbulkan rasa takut kepada testosterone. Malah ada yang beranggapan testosterone akan menukar lelaki kepada makhluk yang ganas.
Ini semua adalah tidak benar. Mereka merujuk kepada lelaki yang kadar testosteronenya normal yang telah mengambil dos testosterone yang lebih tinggi dari dos yang sepatutnya di ambil oleh lelaki yang mengalami andropause
Adakan pengambilan testosterone akan meningkatkan risiko mendapat barah kelenjar prostat?
Tiada sebarang bukti yang menunjukkan testosterone mengakibatkan barah kelenjar prostat. Namun begitu, sekiranya anda telah mengidap barah kelenjar prostat, anda tidak boleh mengambil testosterone kerana ia mungkin akan menyebabkan keadaan anda semakin terok. Doktor akan memeriksa prostat anda dengan teliti sebelum dan semasa rawatan.
Saya mengidap barah prostat. Bolehkah saya mengambil testosterone?
Tidak.Untuk lelaki yang mengidap barah prostate,testosterone akan meningkatkan pertumbuhannya. Penggantian testosterone adalah tidak digalakkan untuk lelaki yang mengidap barah prostat.