
Terapi penggantian Testosterone
Sekiranya kekurangan testosterone menyebabkan hidup anda terhenti, terapi penggantian testosterone akan membantu anda bertenaga semula. Terapi penggantian testosterone biasanya dipreskripsikan kepada lelaki yang kekurangan testosterone, andropos dan kanak-kanak lelaki yang mengalami masalah lewat mencapai akil baligh.
Cara hidup sihat, ceria berpanjangan.
Dengan mengekalkan cara hidup yang sihat akan menjadikan anda berupaya untuk terus aktif dan mampu meneruskan kerjaya dengan baik. Ini termasuklah kerap melakukan pemeriksaan kesihatan, mengawal paras gula dan kolesterol, selalu bersenam dan pemakanan yang baik. Malah, termasuk juga berhenti merokok dan mengurangkan pengambilan alcohol.
Mengekalkan kesihatan mental juga amat penting. Ini termasuk mendapatkan rehat yang secukupnya, beriadah dan mengawal stres (tekanan perasaan).
Kesemua ini akan membantu untuk mengawal paras testosterone pada tahap yang tinggi dan membuatkan anda sentiasa ceria dan sihat.
Mengenal pasti risiko Terapi Penggantian Testosterone
Sebelum anda memulakan sebarang rawatan terapi, rujuk kepada doktor untuk menilai keadaan fizikal anda. Doktor juga akan dapat memberikan nasihat dan panduan sepanjang perjalanan anda kembali semula ke era keremajaan yang penuh bersemangat dan bertenaga.
Pada peringkat permulaan terapi penggantian testosterone, anda mungkin akan mengalami kesan sampingan seperti daya seks berkurangan, penyimpanan cecair didalam tisu badan, yang biasanya menyebabkan bengkak di pergelangan kaki atau jari-jari kaki, masalah ereksi yang berpanjangan dan masalah membuang air kencing. Gejala-gejala ini akan mula hilang setelah badan anda menyesuaikan diri dengan perubahan tersebut.

Sebelum anda memulakan sebarang jenis terapi, adalah dinasihatkan supaya anda mendapatkan nasihat pakar kesihatan atau doktor. Pakar kesihatan anda akan melakukan beberapa ujian kesihatan untuk melihat gejala-gejala yang berkaitan. Sekiranya anda mempunyai masalah bengkak prostate atau barah buah dada, anda tidak digalakkan mengambil terapi penggantian testosterone.
Hanya jika pakar kesihatan anda menyarankan terapi penggantian testosterone, maka beliau boleh mencadangkan samada anda mengambilnya secara makan (kapsul) ataupun suntikan. Keadaan anda akan sentiasa diperhatikan sepanjang tempoh rawatan. Kebanyakan lelaki akan mengalami kesan sampingani, jika ada.
Kesan daripada penggunaan Terapi Penggantian Testosteron biasanya dapat dilihat dalam masa 3 hingga 6 minggu. Perubahan yang paling ketara adalah; peningkatan tenaga, peningkatan daya seks dan pengurangan lemak di bahagian perut.
|